Hwei, champion baharu League of Legends seakan Invoker dari Dota 2

League of Legends kini mengeluarkan champion baharu, Hwei seorang mage untuk mid-lane yang mempunyai 10 spells boleh digunakan.

Selepas 14 tahun akhirnya League of Legends mengeluarkan champion seakan-akan Invoker dari Dota 2.

Riot mengatakan mereka mengetahui mengenai Invoker tetapi mereka mahu Hwei mempunyai keunikan sendiri dengan tema pelukis dengan kuasanya tersendiri.

Sudah semestinya dengan 10 kuasa, champion ini bakal menjadi antara champion paling sukar digunakan dalam League of Legends.

Hwei mempunyai 10 skills untuk digunakan dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu damage, utiliti dan crowd-control.

Image

Skill Hwei (@LoLUKN Twitter)

Gimik champion ini adalah mengabungkan dua skill menjadi satu skill yang lain.

Sebagai contoh anda menggunakan Q Subject: Disaster + Q Subject: Disaster skill itu akan bertukar menjadi Devastating Fire (Burst Damage).

Skill Hwei

Pasif:

Pasif Hwei adalah dia akan menanda musuh dan jika musuh terkena dua spell damage, Hwei akan mengeluarkan signature di bawah musuh dan akan meletup selepas beberapa detik.

Hwei menggunakan skillnya dengan bertukar-tukar mengikut Subject: Disaster, Serenity dan Torment.

Subject: Disaster

Skill Hwei untuk membuat damage dan hasil gabungan skill ini digunakan untuk nuke musuh.

Subject: Serenity

Skill ini untuk memberi utiliti kepada diri sendiri dan champion pasukan sendiri.

Subject: Torment

Skill ini pula digunakan untuk mengawal musuh.

Ultimate

Spiraling Despair adalah Ultimate Hwei.

Skill ini akan melekat di musuh dan untuk beberapa ketika musuh yang terkena skill ini akan dikenakan magic damage per second.

Tahap kesusahan champion ini pasti menarik ramai pemain-pemain League untuk mencuba.

Champion ini juga boleh menjadi masalah balancing yang sangat teruk untuk difkirkan Riot Games disebabkan 10 jenis skill yang ada.

Apa pendapat anda? Adakah Hwei akan menjadi klon Invoker yang hebat?

Ataupun champion ini bakal menjadi Aphelios versi 2.0 yang akan menghancurkan meta dan rank.

RELATED NEWS

+