Kimetsu Matsuri Online: Anime Second Year Anniversary. Video di bawah menunjukkan satu perlawanan dalam mod multi-pemain."> Kimetsu Matsuri Online: Anime Second Year Anniversary. Video di bawah menunjukkan satu perlawanan dalam mod multi-pemain." /> Kimetsu Matsuri Online: Anime Second Year Anniversary. Video di bawah menunjukkan satu perlawanan dalam mod multi-pemain." />

Permainan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan didedahkan

Pertunjukkan permainan pertama Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan telah disiarkan dalam siaran langsung Kimetsu Matsuri Online: Anime Second Year Anniversary. Video di bawah menunjukkan satu perlawanan dalam mod multi-pemain.

Permainan ini dibangunkan oleh CyberConnect2, pembangun di sebalik siri permainan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm. Jjelas sekali terdapat banyak persamaan dari segi sistem pertarungan Hinokami Keppuutan dan judul-judul siri tersebut.

Pertunjukkan ini mengesahkan sekurang-kurangnya lima watak yang akan muncul dalam permainan ini: Tanjiro, Nezuko, Zenitsu, Inosuke, dan Giyu. Penulis berharap Aniplex (penerbit) akan mengeluarkan sebuah demo percuma untuk memberikan peminat Demon Slayer peluang mencuba permainan ini.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan akan dilancarkan pada tahun ini untuk PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series, dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+