Permainan francais Alien baru diumumkan – Aliens: Fireteam Elite

20th Century Games dan Cold Iron Studios mengumumkan Aliens: Fireteam Elite akan dilancarkan 24 Ogos ini.

Permainan video ini memerlukan 3 pemain untuk bekerjasama untuk kelangsungan hidup dari serangan Alien.

Anda boleh mendapatkan Alien:Fireteam Elite dengan harga RM99 untuk versi biasa dan RM173 untuk Deluxe Edition yang disertakan dengan class kit skins, warna senjata, aksesori kepala sebagai sebahagian dari Endeavor Pass. Endeavor Veteran Pack juga akan menambah lagi pelbagai kosmetik.

Aliens: Fireteam Elite Gets August Launch Date - Game Informer

Pemain yang pra-tempah Aliens: Fireteam Elite akan mendapat Hardened Marine Pack yang akan menambah lagi jumlah kosmetik yang akan dapat termasuk emote “Chestburster” dan bandana untuk Private Vasquez.

Anda boleh pra-tempah Aliens: Fireteam Elite di Steam, PlayStation Store dan Xbox.

 

 

RELATED NEWS

+