5 tahun selepas pelancaran, Epic Games Store masih tidak menguntungkan

Epic Games Store sudah lima tahun cuba untuk bersaing dengan Valve tetapi mereka masih tidak berjaya.

The Epic Games Store “Ratings and Polls” update - Epic Games Store

Epic Games Store dilancarkan lima tahun lepas untuk menarik pemain dengan tawaran permainan video eksklusif tetapi terlalu banyak kos digunakan dan masih tidak membuahkan hasil.

Mereka juga cuba untuk menarik ramai orang dengan banyak permainan video percuma dan baru-baru ini Alan Wake 2.

Alan Wake 2 - PS5 Games | PlayStation (Malaysia)

Permainan video percuma diberikan oleh Epic boleh dikatakan seminggu sekali.

Walaupun begitu, Epic Games Store masih tidak membuat keuntungan dan kekal menjadi gajah putih.

Laporan dari The Verge mengatakan Epic sendiri mengakui masalah ini ketika kes mahkamah Epic berlawan Google.

Steve Allison (Ketua Epic Games Store) yang mengatakan perkara ini ketika memberi kenyataan di kandang saksi mahkamah.

Hal ini sudah semestinya sangat mengecewakan untuk Epic yang juga sudah memecat ratusan kakitangan mereka baru-baru ini.

Manakala Steam pula masih mendominasi pasaran gaming PC dengan jumlah pengguna paling ramai.

RELATED NEWS

+