Alan Wake adalah sebuah permainan RPG paranormal yang dilancarkan oleh Remedy Entertainment lebih sedekad yang lalu pada tahun 2010. "> Alan Wake adalah sebuah permainan RPG paranormal yang dilancarkan oleh Remedy Entertainment lebih sedekad yang lalu pada tahun 2010. " /> Alan Wake adalah sebuah permainan RPG paranormal yang dilancarkan oleh Remedy Entertainment lebih sedekad yang lalu pada tahun 2010. " />

Permainan paranormal Alan Wake menerima versi baru: Alan Wake Remastered 

Alan Wake adalah sebuah permainan RPG paranormal yang dilancarkan oleh Remedy Entertainment lebih sedekad yang lalu pada tahun 2010.

Asalnya permainan ini adalah judul eksklusif Xbox 360 yang melalui masa pembangunan berlarutan, Alan Wake adalah permainan psikologi di mana anda bermain sebagai penulis mencari isterinya yang hilang di Barat Laut Pasifik.

Bagi peminat Alan Wake, permainan ini akan menerima sebuah buatan semula atau ‘remastered’ yang akan dilancarkan di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series S, Xbox Series X serta PC melalui Epic Games Store.

Versi ini akan menampilkan visual 4K yang baru, kata penulis dan Pengarah Kreatif, Sam Lake.

Alan Wake Remastered dijangkakan akan dilancarkan pada platform-platform ini sekitar awal bulan Oktober.

Pemain yang belum pernah mengalami permainan ini patut mencuba Alan Wake.

Ia menawarkan sebuah pengalaman unik dalam kaedah penceritaan plot permainan. Nama studio Remedy Entertainment mungkin macam pernah anda dengar buat kebelakangan ini. Ini kerana Remedy Entertainment adalah studio yang membawakan permainan Control pada tahun 2019.

RELATED NEWS

+