Bulan April sudah pun bermula! Setiap bulan, pelanggan PlayStation Plus menantikan game percuma apa yang bakal disajikan.
Bukan sahaja Sony mengeluarkan keychain konsol PlayStation 1 edisi terhad sempena ulangtahun ke-25 (jangan percaya bulat-bulat), jom kita lihat senarai game percuma yang boleh dimuat turun dari 4 April sehingga 8 Mei.
- The Surge (PS4)
- What Remains of Edith Finch (PS4)
- Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2 (PS4)
Bagi mereka belum lagi dapatkan Call of Duty: Modern Warfare Remastered percuma dan banyak lagi, korang boleh rujuk senarai game percuma PS Plus untuk bulan lepas dan pastikan korang muat turun sebelum tiba 3 April 2019!
Sumber: PlayStation Asia