PMPL bagi rantau Afrika, Pakistan dan NA ditangguhkan sebab isu ‘bug’?

Berikutan isu pepijat yang sedang hangat dibicarakan baru-baru ini, Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) yang sedang berlangsung di rantau Afrika, Pakistan dan Amerika Utara akan ditangguhkan.

Satu hantaran di Instagram @thepyramidsnetwork menyatakan bahawa baki perlawanan liga itu akan ditangguh disebabkan isu pepijat.

Begitu juga dengan Liga PMPL di rantau Pakistan, di dalam hantaran Instagram PUBG Mobile Esport Pakistan mereka turut menangguhkan perlawanan disebabkan masalah teknikal.

Bagi rantau NA, PUBG Mobile Esports Amerika Utara turut menangguhkan baki perlawanan mereka disebabkan masalah teknikal.

Pusingan akhir Liga PMPL MY/SG/PH musim ke-5 akan berlangsung pada Jumaat ini. 

Adakah PUBG Mobile Esports Malaysia akan menangguhkan pusingan akhir perlawanan yang dijangka berlangsung pada Jumaat ini? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Instagram pmpl.updates

RELATED NEWS

+