PMSC: Mini Siri Enam Episod Akan Memaparkan Team Secret, RRQ Athena Dan Youtuber Terkenal

Seramai enam belas pencipta kandungan gaming (content creator) telah pun dipilih bagi menghadiri pemfileman mini siri untuk kejohanan PUBG Mobile Star Challenge 2019.

Dalam satu kenyataan, mini siri ini dikatakan akan memaparkan dokumentari perjalanan mereka ke PMSC 2019 Finals di Taipei kelak pada September. Di bawah adalah senarai pencipta kandungan yang terpilih di mana lima antaranya adalah Youtuber terkenal:

  • Ken Boo
  • PUBG MOBILE ARXY
  • PUBG MOBILE NIKITANGA
  • K7 凱琪
  • 梓凜精華區(Tsulin)

Mereka akan menyertai 11 lagi pencipta kandungan dan juga pemain profesional pada minggu pertama Ogos untuk latihan secara offline bagi bersiap sedia menghadapi Grand Finals PMSC 2019. 

Seperti kami laporkan sebelum ini, Team Secret, RRQ Athena, BTR dan EVOS antara skuad Asia Tenggara yang akan menyertai ekspedisi ini. 

Paling menarik, mini siri sebanyak 6 episod akan ditayangkan di Youtube Channel: PUBG MOBILE, PUBG MOBILE Esports dan VSPN pada Ogos bagi menyaksikan babak belakang tabir yang tak pernah diperlihatkan sebelum ini, eksklusif hanya di Youtube sahaja.

Difahamkan, dalam dokumentari ini, pasukan profesional akan bergabung tenaga bersama pencipta kandungan untuk sesi suai kenal dan beramah mesra sebagai mixed team.

Mini siri ini  akan disiarkan bermula 16 Ogos diikuti dengan episod susulan pada 23 Ogos, 25 Ogos, 30 Ogos, 1  September dan 6 September.

Kalau anda ingin mengikuti Grand Final di Taipei pada September nanti, bolehlah membeli tiket di Ibon.

Tak seperti kejohanan PUBG Mobile yang lain, PMSC dikhaskan untuk content creators saja dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$250,000 (RM1.03 juta).

Ia akan mengumpulkan 32 gaming creators dari seluruh dunia dan hanya 16 teratas yang mendapat undian tertinggi saja boleh mencipta skuad dan bermain dalam kejohanan ini bersama 48 pemain profesional PUBG Mobile yang lain.

PMSC Finals tahun lepas diadakan di Dubai dan mempunyai 20 finalis dari lebih 10 rantau. Kejohanan itu dimenangi oleh RRQ Athena bersama trofi dan cek bernilai USD$600,000.

Gambar featured image: Team Secret/Maxis

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+