PMWL ditangguhkan hingga esok

Opening Weekend bagi Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur nampaknya akan ditunda hingga esok memandangkan beberapa pengguna iOS mengalami masalah untuk log masuk dalam permainan mudah alih berkenaan.

Perkara itu diumumkan di Twitter rasmi PUBG Mobile Esports sebentar tadi.

Menurut ciapan itu, masalah teknikal berkenaan memberi kesan kepada pengguna yang juga menggunakan aplikasi lain dan bukannya PUBGM sahaja,

PMWL Timur akan berlangsung seperti sediakala esok mengikut waktu siaran yang sama.

RELATED NEWS

+