PUBG Mobile Dipenuhi BOT – Jangan Cepat Teruja Dengan Chicken Dinner!

Ramai main PUBG Mobile selepas dilancarkan dan tak kurang juga yang menang begitu banyak game. Tapi mungkin korang sendiri akan persoalkan: “Aku baru je main PUBG dan tak pandai pun dalam shooting game tapi boleh banyak kali Chicken Dinner sampai 8 kali pun ada,”

Ini kerana game itu dipenuhi dengan bots! Sebelum korang gelabah, rileks dulu. Ia bukanlah sesuatu yang teruk. PUBG Mobile menggunakan bots untuk beginners mudah relate dengan game ini. Makin banyak korang menang, jumlah bots akan berkurangan dan korang akan berdepan dengan pemain sebenar berbanding AI.

Sebenarnya, Tencent merancang strategi pemasaran yang bijak di sini. Kalau ramai pemain menang, mereka bukan saja melakukan free marketing di media sosial dengan screenshots Chicken Dinner tapi juga membuat transaksi mikro dalam permainan.

Ya lah, kalau dah menang banyak kali mesti terfikir untuk beli kostum dan sebagainya. Yang penting, korang enjoy main game itu.

Setakat mana korang akan terus melawan bots dan mengenal pasti pemain manusia? Cuba lah bermain sehingga 100 kali perlawanan dan perhatikan perubahannya! Masih mampu Chicken Dinner? Kita lihat dulu!

Sumber: Vg247

RELATED NEWS

+