PUBG Mobile: ‘Draxx Masih Bermain Tapi Sedang Sambung Belajar Sekarang,’ – Yoodo Gank

Susulan daripada keputusan Yoodo Gank mencari seorang pemain stand-in untuk main roster bagi menghadapi kejohanan besar pada bulan September ini berikutan pemain mereka, Draxx yang membuat keputusan untuk menyambung pengajian di UiTM, Yoodo Gank juga sedang mencari pemain kelima.

“Draxx perlu menghabiskan semester akhir dan dia tak dapat bertanding untuk kejohanan besar akan datang ini. Jadi kami ingin mencari pengganti sementara hanya untuk menghadapi kejohanan itu saja.

“Dia bukanlah dikeluarkan, ditukar ataupun menjadi pemain simpanan. Saya cadangkan dia untuk sambung belajar hingga habis dahulu,” – kata CEO Gank, Kevin Wong.

Kevin juga berkata, pihaknya kini mencari pemain kelima yang akan stand-in tapi buat masa ini tak mendedahkan siapa pemain tersebut lagi. Tambahnya, pemain kelima ini tidak akan menggantikan posisi mana-mana pemain utama.

Mengikut current lineup untuk Yoodo Gank, ManParang, Draxx, Geek dan Jimboy masih bermain dalam main roster.

Yoodo Gank akan maklumkan siapa pemain kelima mereka dalam masa terdekat.

RELATED NEWS

+