PUBG Mobile kembali ke India, versi baharu dengan pelaburan RM413 juta

Selepas dikenakan ban di India, nampaknya PUBG Mobile akan kembali tapi dengan identiti baru.

Seperti dilaporkan Tech Crunch, permainan mudah alih tersebut akan menerima pelaburan sebanyak AS$100 juta (RM413 juta) di India, salah satu pasaran terbesar bagi PUBG Mobile.

Pelaburan tersebut juga akan membuatkan ekosistem e-sukan di sana lebih meriah dengan lebih banyak pertandingan selain merancang untuk memberi peluang pekerjaan kepada lebih 100 pekerja di negara tersebut.

Permainan itu bagaimanapun khas untuk India sahaja.

Menurut penganalisa permainan video, Daniel Ahmad mengatakan versi baharu ini akan menepati keperluan privasi pengguna dengan melindung data peribadi mereka dengan lebih baik.

Versi baharu ini masih belum menerima tarikh keluaran yang rasmi untuk pasaran tersebut.

Sebelum ini, India ban lebih 200 aplikasi yang ada kaitan dengan China termasuk PUBGM dan TikTok kerana kerisauan data pengguna dibocorkan. Bagaimanapun, mereka kini bekerjasama bersama Microsoft untuk menghantar kesemua data PUBG Mobile kepada Azure.

PUBG Mobile juga sebelum ini menerima slot daripada India untuk bertanding di kejohanan dunia, PMWL sebelum terpaksa mengorbankan slot tersebut bagi PMGC tahun ini.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: AFK Gaming

RELATED NEWS

+