melaporkan Miss Far meninggalkan Junior Talent dan skuad itu dalam perancangan mencari pemain baru. Hari ini, Man Parang (Yoodo Gank) berhasrat mencari stand-in bagi menggantikan Draxx yang berehat sebentar menyambung pengajiannya di universiti."> melaporkan Miss Far meninggalkan Junior Talent dan skuad itu dalam perancangan mencari pemain baru. Hari ini, Man Parang (Yoodo Gank) berhasrat mencari stand-in bagi menggantikan Draxx yang berehat sebentar menyambung pengajiannya di universiti." /> melaporkan Miss Far meninggalkan Junior Talent dan skuad itu dalam perancangan mencari pemain baru. Hari ini, Man Parang (Yoodo Gank) berhasrat mencari stand-in bagi menggantikan Draxx yang berehat sebentar menyambung pengajiannya di universiti." />

PUBG Mobile: ManParang Mencari Stand-In, Layak Ke Kejohanan Besar

Semalam, kami melaporkan Miss Far meninggalkan Junior Talent dan skuad itu dalam perancangan mencari pemain baru. Hari ini, Man Parang (Yoodo Gank) berhasrat mencari stand-in bagi menggantikan Draxx yang berehat sebentar menyambung pengajiannya di universiti.

Stand-in ini juga diperlukan untuk menghadapi kejohanan besar yang akan bermula pada September nanti.

Yoodo Gank diwakili oleh Aiman Amirul Mohd Sahid (ManParang), 22 tahun, Muhammad Hazim Abd Hamid (Jimboy), 25 tahun, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), 20 tahun dan Mohamad Hafizi Baharudin (Geek), 23 tahun.

ManParang juga mengatakan syarat untuk menjadi stand-in adalah KD perlu 10+ ke atas dan mahir dengan posisi sebagai sniper/pusher. Bagi yang berminat, korang boleh menghantar screenshot di komen dalam posting di atas ataupun PM ManParang di Facebook page beliau.

Setakat artikel ini ditulis, Yoodo Gank masih belum menemui ahli baru menggantikan posisi Draxx tapi keputusannya pasti akan diketahui dalam masa terdekat.

Gambar featured image: ManParang

RELATED NEWS

+