PUBG Mobile: RRQ Athena Juara PMSC 2019, Bawa Pulang RM417,000

PUBG Mobile Star Challenge 2019 (PMSC 2019) yang diadakan pada hujung minggu lepas menemui pemenangnya apabila gandingan personaliti Youtube, Ken Boo dan pasukan Thailand, RRQ Athena berjaya membuktikan kemampuan mereka di pentas profesional.

Kejohanan selama dua hari itu diadakan pada 7 dan 8 September di Heping Basketball Gymnasium di Taipei, Taiwan yang mana ribuan peminat hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka yang merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1.04 juta). 

Pasukan KENBOO berjaya membawa pulang AS$100,000 manakala di tempat kedua, O-Team membawa pulang AS$50,000 dan GodLike di tempat ketiga dengan AS$25,000

Manakala Team Secret dari Malaysia pula hanya berpuas hati di tempat ke-14 dengan 61 mata. Mereka digandingkan dengan personaliti Youtube dari Indonesia, Alice MG.

Tak seperti kejohanan PUBG Mobile yang lain, PMSC dikhaskan untuk content creators saja dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$250,000 (RM1.03 juta).

Ia mengumpulkan 32 gaming creators dari seluruh dunia dan hanya 16 teratas yang mendapat undian tertinggi saja mencipta skuad dan bermain dalam kejohanan ini bersama 48 pemain profesional PUBG Mobile yang lain.

PMSC Finals tahun lepas diadakan di Dubai dan mempunyai 20 finalis dari lebih 10 rantau. Kejohanan itu dimenangi oleh RRQ Athena bersama trofi dan cek bernilai USD$600,000.

Kejohanan ini dianjurkan oleh VSPN dengan kerjasama Google Play dan Tencent Games.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+