[RASMI] Sukan Asia 2022 ditunda

Menurut syarikat media negara China CCTV, Sukan Asia 2022 sudah ditangguhkan secara rasmi oleh Majlis Olimpik Asia.

Acara itu dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 September hingga 25 September.

Antara sebab penangguhan acara itu masih belum jelas. Walaubagaimanapun, pengumuman ini seiring dengan keadaan China yang kini sedang memerangi COVID-19. Khususnya, ini akan menjadi acara pertama di mana e-sukan akan menjadi acara pingat rasmi di Sukan Asia.

Majlis Olimpik Asia mengumumkan bahawa Sukan Asia 2022 akan menampilkan lapan acara pingat dan dua acara demonstrasi. Pertandingan pingat adalah seperti berikut:

  • Arena of Valor (versi Sukan Asia)
  • Dota 2
  • Dream Three Kingdoms 2
  • EA Sports FIFA
  • Hearthstone
  • League Of Legends
  • PUBG Mobile (versi Sukan Asia)
  • Street Fighter V

Sumber: olympics

RELATED NEWS

+