Arcana Skywrath Mage dan Vengeful Spirit akan hadir tidak lama lagi – Dota 2

Bersempena acara Crownfall yang akan hadir tidak lama lagi, Valve mengumumkan dua arcana iaitu Arcana Skywrath Mage dan Vengeful Spirit.

Crownfall juga bakal mengeluarkan komik untuk penceritaan kedua-dua Arcana itu.

Arcana Vengeful Spirit digelar The Resurrection of Shen.

Arcana Skywrath Mage digelar The Devotions of Dragonus.

Penceritaan kedua-dua Arcana ini adalah mengenai seorang permaisuri muda yang dikhianati oleh kakaknya apabila sayapnya dicabut.

Selepas dibuang ke menara Ghastly Eyrie, dia diselamatkan oleh seorang dewa dan menjadi Vengeful Spirit yang mahu membalas dendam.

Arcana ini dijangka akan hadir dengan kemas kini Crownfall bersama-sama hero baru Ringmaster untuk versi 7.36 nanti.

RELATED NEWS

+