Razer Membatalkan Razer Phone 3?

Nampaknya, korang mungkin tak akan mampu memiliki Razer Phone 3!

Mengikut laporan dari Droid Life, Razer telah pun memberhentikan beberapa pekerja (30 kakitangan semuanya) ataupun lebih tepat lagi dua peratus dari jumlah pekerja syarikat gaming itu. 

Bagaimanapun, 30 kakitangan ini berkait rapat dengan mobile division di Razer, yang bermakna ini adalah berita buruk untuk Razer Phone 3.

Ini adalah kenyataan Razer.

“Razer telah membuat perubahan untuk selaraskan organisasi kami dan menguatkan lagi visi untuk kami berkembang. Kami akan menggunakan sumber yang ada untuk fokus pada projek penting dan pertingkatkan keuntungan. Dengan penyelerasan ini, kami membatalkan beberapa projek dan terpaksa berpisah dengan 30 kakitangan (2% dari jumlah tenaga kerja kami). Pekerja lain yang terlibat dalam projek ini akan dikerahkan ke division lain untuk memfokuskan projek penting,” 

Mengikut kenyataan ini, Razer telah pun membuang 30 pekerja dan membatalkan beberapa projek. Ini bermakna nasib untuk mobile division dan Razer Phone 3 masih lagi dalam persoalan.

Apa yang menariknya ialah Razer mengatakan mereka akan terus melabur dalam hardware dan projek mobile yang baru tapi ini tak bermakna kita mungkin akan menyaksikan Razer Phone baru tapi ia menunjukkan syarikat ini tak ingin lagi meninggalkan sektor ini.

Bagaimanapun, untuk Razer Phone 2, ia masih lagi dijual dan akan menerima kemaskini serta pemerhatian dari Razer termasuklah kemaskini Android 9 tak lama lagi. Tapi dengan keadaan mobile division yang kurang stabil, sokongan dan kemaskini pada masa depan untuk model Razer Phone mungkin ‘gelap’.

Sumber: AndroidAuthority

RELATED NEWS

+