Renbo cerita kenapa Bigetron Alpha kalah lawan Malaysia di MSC 2021

Dalam satu segmen EmpeTalk yang dihoskan oleh Jonathan Liandi, pemain Bigetron Alpha, Renbo menyatakan sebab-sebab pasukannya boleh tewas lawan RSG Malaysia di game ketiga pusingan lower bracket Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC) 2021.

[Pembetulan] Bukan panik tapi pede = terlalu confident.

Pertamanya, pemain jungler yang menggantikan Branz ini berkata, tiada siapa yang membantunya untuk push di bahagian atas.

“Kawan-kawan saya di mid dan ada yang di bawah. Saya kena push atas seorang diri.

“RSG MY juga bijak mengalih perhatian Lord yang ke bahagian bawah.

“Selepas saya ketinggalan di atas, akhirnya kena tangkap dengan Akai dan tidak boleh selamat dah,” katanya.

Pada kejohanan MSC 2021 itu, Bigetron Alpha ditewaskan dengan skor 1-2 di tangan RSG MY. 

RELATED NEWS

+