Seramai lebih 3,900 orang hadir ke Stadium MBSJ untuk minggu ketiga MPL MY S13

Rekod baru sekali lagi dicatatkan oleh Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim ke-13 apabila lebih dari 3,900 peminat hadir memeriahkan Stadium MBSJ, Serdang Jaya, Selangor di minggu ketiga liga itu.

Ia memecahkan rekod minggu pembukaan liga di mana seramai 3,500 peminat hadir.

Pada hari kedua (20 April), peminat-peminat membanjiri stadium MBSJ untuk menyaksikan perlawanan epik antara HomeBois dan King Empire.

 

Pada minggu ketiga ini juga menyaksikan Selangor Red Giants berjaya mencatatkan rekod kemenangan bersih untuk musim liga dan mengumpulkan 12 mata tanpa kekalahan pada empat perlawanan dimainkan.

King Empire pula selesa di tempat kedua meskipun tewas satu perlawanan lawan HomeBois. Bagi Team Haq pula, mereka masih kekal di tempat ketiga namun pasukan lain seperti Todak contohnya akan bermain dua perlawanan di minggu keempat sekali gus bakal memintas mereka jika berjaya memenangi setiap perlawanan. 

HomeBois juga bakal memintas Team Haq jika mereka menang bersih dua lagi perlawanan minggu ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Jadual perlawanan minggu keempat penuh dengan debaran kerana HomeBois mempunyai dua perlawanan epik ke atas RSG MY dan Todak.

RELATED NEWS

+