Resident Evil Village akan menerima DLC percuma pada masa akan datang

Permainan video seram Capcom, Resident Evil Village dilaporkan akan menerima beberapa DLC percuma pada masa akan datang.

Menurut laporan VG247, satu laporan kewangan Capcom ketika suku kedua menyatakan tentang DLC percuma itu.

Ia dinyatakan oleh Pengarah dan Pegawai Eksekutif Capcom, Yoichi Egawa yang turut menekankan bahawa 80% pelaburan pembangunan akan digunakan untuk siri IP popular seperti Resident Evil dan Monster Hunter untuk pelbagai platform.

Beliau juga menyatakan tentang pembangunan IP baharu seperti Pragmata.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila DLC tambahan akan dilancarkan. 

Pada masa sama, RE Village sudah terjual lebih 5 juta unit sejak dilancarkan pada Mei lalu.

Sumber rujukan: VG247

RELATED NEWS

+