Sebuah laman database pihak ketiga, SteamDB baru-baru ini telah mengumumkan senarai permainan terbaik Steam bagi sepanjang 2021.
Top Steam releases of 2021 as decided by our rating algorithm:
1. Totally Accurate Battle Simulator
2. Dyson Sphere Program
3. Rhythm Doctor
4. Firework
5. Cookie Clicker
6. The Room 4
7. PowerWash Simulator
8. Townscaper
9. Tiny Bunny
10. Before Your Eyeshttps://t.co/iZaqXY0pSu pic.twitter.com/jpxJbDgNU8— SteamDB (@SteamDB) December 14, 2021
Melalui senarai carta itu, permainan buatan studio berpangkalan di Malaysia, 7th Beat Games, iaitu Rhythm Doctor dilihat mengungguli tempat ketiga sebagai permainan terbaik di Steam.
Bagi permainan daripada Asia Tenggara yang mempunyai pasukan pembangunan yang lebih kecil berbanding permainan lain, Totally Accurate Battle Simulator dan Dyson Sphere Program, ini merupakan sesuatu yang cukup mengagumkan.
Rhytm Doctor menerima 95 peratus rating dengan 13,000 pemain menyukai permainan ini.
Permainan ini juga masih lagi diperingkat Early Access di Steam dan ia masih mempunyai banyak masa untuk menjadi permainan penuh.
Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.