blog yang ditulis oleh Leo Faria, ketua bahagian Wild Rift Esports."> blog yang ditulis oleh Leo Faria, ketua bahagian Wild Rift Esports." /> blog yang ditulis oleh Leo Faria, ketua bahagian Wild Rift Esports." />

Riot Games ingin e-sukan Wild Rift menjadi stabil dan bebas dari LoL PC

Pembangun League of Legends, Riot Games mendedahkan visi dan misi mereka di dalam sebuah blog yang ditulis oleh Leo Faria, ketua bahagian Wild Rift Esports.

Menurut beliau, syarikat itu sudah berjaya membina ekosistem untuk LoL Esports sebelum ini. “Membina e-sukan untuk Wild Rift adalah keputusan yang mengambil masa yang lama dan memerlukan pertimbangan yang wajar, jadi saya percaya ianya penting untuk dijelaskan mengapa kami melakukannya” ujar beliau.

Katanya lagi, “Pemain WR juga sangat penting bagi kami sama seperti pemain di platform PC. Kami sedang membina ekosistem e-sukan yang mampu menjadi stabil dan bebas dari e-sukan Lol PC. Menjadi Wild Rift World Champion sepatutnya merasa begitu hebat dan berprestij sama seperti Lol World Champion.

“Sebelum ini kami mengumumkan permainan ini pada tahun 2020, terdapat ramai influencers, pasukan professional, rakan kongsi dan media sering bertanya kepada kami jika kami akan membuat e-sukan untuk Wild Rift dan bagaimana cara untuk mereka turut serta. Disebabkan perkara ini, kami mengambil keputusan untuk sedaya upaya menjadikan e-sukan Wild Rift ini satu kenyataan.

Riot Games akan bergerak pantas dan agresif terutamanya rantau seperti China dan Asia Tenggara di mana e-sukan peranti mudah alih menguasai pasaran. Mereka bercadang untuk menjadi syarikat permainan video peranti mudah alih yang pertama untuk e-sukan di seluruh dunia, untuk memastikan Wild Rift masuk ke seluruh pelusuk dunia.

Di atas pengumuman ini, pasti kita akan dapat melihat lebih banyak lagi acara serta kejohanan yang akan diumumkan oleh Wild Rift tidak lama lagi, komuniti mereka makin membesar sejak permainan ini dilancarkan secara beta pada tahun 2020. 

RELATED NEWS

+