Riot Games mengumumkan Merdeka Show sempena Hari Kebangsaan Malaysia 2021

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2021, Riot Games Asia Tenggara dan ESL Malaysia mengumumkan League of Legends: Wild Rift dan VALORANT Merdeka Show.

Acara ini akan menggabungkan para pempengaruh gaming dan e-sukan tempatan dan akan dibahagikan kepada dua pasukan. Ikuto, Ellemonade dan Sahaja Gaming bagi Wild Rift. Mereka akan mewakili pasukan Team Nasi Lemak.

Manakala bagi VALORANT, akan diwakili Soultannn, Emi dan Sya Meow dan mereka akan berada di dalam kumpulan Team Roti Canai.

Acara Merdeka Show ini akan berlangsung selama tiga episod iaitu:

  • Episod 1 – 31 Ogos 2021
  • Episod 2 – 1 September 2021
  • Episod 3 – 2 September 2021

Sepanjang episod ini, kedua-dua pasukan akan bertanding dalam pelbagai aktiviti yang akan menguji kemahiran dan pengetahuan mereka mengenai Wild Rift dan VALORANT.

Bersempena Hari Kebangsaan, Riot mahu membawakan tema bercirikan ‘perpaduan’ di mana para penonton juga boleh bersama memeriahkan suasana dengan berinteraksi dengan menjawab soalan yang akan dipaparkan di penghujung rancangan.

Penonton yang memberikan jawapan terbaik juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Penonton juga boleh mengundi pasukan kegemaran mereka.

Di samping itu, Riot juga akan menderma AS$3,500 (RM14,670) kepada Kechara Soup Kitchen untuk rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi mereka di SINI dan saluran YouTube KSK.

Tonton episod Merdeka Show di laman rasmi Facebook dan YouTube Wild Rift Malaysia dan Facebook VALORANT.

RELATED NEWS

+