Rippo akan main di MPL MY S11, mahu terapkan pengalaman bermain di Indonesia

Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo adalah pemain Mobile Legends yang berhijrah ke Indonesia tidak lama dulu.

Dia yang dulunya bermain untuk Geek Fam kemudiannya melebarkan sayap ke Indonesia bermain di bawah pasukan Bigetron Alpha selama lima musim (dua tahun) sebelum menjadi ejen bebas kini.

Ketika ditanya jika dia akan menyertai Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim ke-11, Rippo mengatakan dia mahu menerapkan gaya permainan semasa di Indonesia bagi pasukan baharunya.

“Ya saya akan bermain di MPL MY S11.

“Tujuan saya bermain di Indonesia untuk dapatkan pengalaman tapi mungkin belum ada rezeki main di MPL ID sebab itu saya pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Rippo juga mengatakan dia mahu membantu pasukan baharunya nanti untuk menjuarai MPL MY.

“Saya mahu mengajar mereka cara skuad Indonesia bermain dan tambah baik cara komunikasi antara pasukan itu lebih efisien ketika bertanding di peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sempat dilamar salah satu pasukan MPL MY namun tidak sempat menyertainya kerana fasa perpindahan sudah berakhir.

RELATED NEWS

+