ROG Malaysia mengumumkan promosi menarik ROG Phone 5 Ogos ini

Bersempena promosi 8.8 tahun ini, pihak ROG Malaysia juga tidak melepaskan peluang dengan menawarkan potongan harga bagi telefon pintar gaming terkini mereka, ROG Phone 5!

ROG Phone 5 hadir dengan paparan AMOLED 6.78 inci dengan sokongan HDR10+ dan kadar segar semula 144hz. Peranti ini dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 888 dan kapasiti bateri sebesar 6,000mAh.

Dengan promosi ini, mereka yang membeli akan diberikan dua pilihan pakej. Pakej A anda mendapat set fon kepala ROG Cetra II yang bernilai RM499. Manakala bagi pakej B, anda mendapat potongan harga sebanyak RM100 untuk gamepad ROG Kunai 3.

Bagi anda yang membeli ROG Phone 5 dengan konfigurasi 8GB RAM dan storan 128GB, anda secara automatik akan layak untuk promo pakej A. Malah mereka juga boleh memilih untuk promo pakej B.

Promosi ini sudah berlangsung dari 26 Julai hingga 15 Ogos 2021 di kedai rasmi Asus di Lazada dan Shopee.

Untuk terma dan syarat anda boleh layari SINI.

Foto: IGN 

RELATED NEWS

+