“Saya akan tunjukkan siapa yang lebih hebat bermain Beatrix,” – EMANN

Pemain gold laner RSG PH, EMANN menyatakan bahawa dia akan membuktikan yang dia adalah pemain hero Beatrix yang terbaik di MSC 2022.

“Ya, tidak mengapa Kelra berkata begitu. Betul mereka hebat, tetapi saya akan tunjukkan kepada anda siapa yang terbaik,” katanya.

EMANN mengatakan seperti itu selepas Kelra menyatakan bahawa gaya permainannya bermain Beatrix lebih hebat berbanding pemain RRQ Hoshi Skylar.

“Saya rasa permainan Beatrix Skylar adalah satu dalam seratus, tetapi Beatrix saya adalah satu-satunya,” katanya.

Beatrix adalah salah satu hero marksman yang popular, digunakan oleh banyak pasukan di kejohanan MSC 2022. Mempunyai empat senjata dengan empat ulti yang berbeza, hero ini memberikan banyak kelebihan semasa dalam pertarungan.

Jadi anda rasa siapakah pemain Beatrix yang paling hebat?

Sumber: esportid

Foto: Instagam EMANN

RELATED NEWS

+