Selepas 30 tahun, seorang budak lelaki 13 tahun berjaya menamatkan game Tetris di NES

Permainan video klasik Tetris sudah lama berada di dalam industri dan menjadi antara permainan video paling ikonik pernah wujud.

Seorang pemain kompetitif Tetris Blue Scuti menjadi manusia pertama di dunia yang berjaya mengalahkan Tetris NES klasik.

Cara untuk mengalahkan Tetris NES klasik ini adalah dengan bermain sehingga permainan itu ‘freeze’ dan tidak boleh dimain lagi.

Perkara ini hanya berjaya dibuat oleh AI dan tidak ada manusia lagi pernah mengalahkan Tetris klasik di NES.

Pencapaian ini menunjukkan manusia boleh mengalahkan AI jika penuh dedikasi.

Dengan bermain selama 38 minit dengan tahap kesukaran tertinggi, Blue Scuti berjaya sehinggakan skrin beku tidak bergerak dan hanya musik sahaja dimainkan.

Menurut 404 Media, Blue Scuti menggunakan teknik “rolling” dengan memegang alat kawalan NES dengan meluncurkan jari di bawah alat kawalan NES dari menggunakan jari untuk menekan D-pad.

Bagi komuniti Tetris, misi menghabiskan permainan Tetris NES antara motivasi mereka dan perkara paling susah untuk dicapai.

RELATED NEWS

+