SEM9 bawa harapan negara ke Kejohanan WCS, tahniah diucapkan!

Selepas pertembungan sengit liga dalam beberapa minggu dan playoffs yang berlangsung minggu lalu di Liga Juara Wild Rift (WCS) MYSG, akhirnya SEM9 membuktikan merekalah pasukan Wild Rift terkuat bagi Malaysia dan Singapura, sekaligus menewaskan pasukan jiran iaitu RSG.

SEM9 yang bermula di separuh akhir upper bracket nyata tidak gentar dengan cabaran apabila menewaskan Phantom6 dan RSG di peringkat itu.

Pertembungan semula mereka dengan RSG juga tak menunjukkan apa-apa kebangkitan dari skuad Singapura itu apabila dihentam Malaysia, 4-1.

Kemenangan ini melayakkan SEM9 ke Kejohanan WCS playoffs pada 23 April ini. Ia akan disertai oleh skuad-skuad berikut:

  • Team Flash (Vietnam)
  • RRQ (Filipina)
  • Buriram United (Thailand)
  • Flash Wolves (Taiwan)
  • Persis Esports (Indonesia)
  • SEM9 (MYSG)

Sementara itu, pasukan Play-Ins pula terdiri daripada:

  • CERBERUS Esports (Vietnam)
  • FENNEL Adversity (Filipina)
  • EVOS Esports TH (Thailand)
  • ONE Team (Masters)
  • Smash Logic Gaming (ESL Oceania)

Hanya satu juara akan melayakkan diri ke peringkat Icons Global manakala naib juara hingga tempat keempat akan ke Icons Play-Ins.

Mampukah SEM9 terus mendominasi di peringkat Asia Tenggara pula? Sama-sama kita saksikan.

Foto: WCS MYSG

RELATED NEWS

+