Nampaknya Sony akan menggunakan tarikh 11.11 untuk memberi satu lagi peluang kepada anda yang masih belum menjadi pemilik PlayStation 4 (PS4). Syarikat tersebut akan mengadakan PlayStation 11.11 Special Sale untuk menawarkan konsol pakej PS4 dan alat kawalan DualShock 4 pada harga yang berpatutan.
Jualan ini boleh dianggap sebagai peluang terakhir untuk menjadi pemilik PS4 sebelum permulaan generasi baharu. Konsol baharu daripada Sony iaitu PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan secara global pada 19 November ini, sembilan hari sahaja selepas jualan ini bermula.
Berikut adalah produk-produk yang ditawarkan dalam jualan ini:
- PS4 Mega Pack –
RM1,349RM1,049- Bundle ini mengandungi tiga permainan: The Last of Us Remastered, Horizon Zero Dawn Complete Edition, dan God of War
- PS4 Pro God of War / The Last of Us Remastered Bundle –
RM1,799RM1,399 - DualShock 4 –
RM239RM179
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan ini, anda boleh melayari laman web rasmi PlayStation Asia.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.