Star Wars: The Rise of Skywalker Menampilkan Poster Baru & Trailer Akhir Untuk Saga Skywalker

Setelah empat tahun dan dua filem berlalu, akhirnya trilogi baru Star Wars tiba di penghujungnya pada Disember ini.

Saksikan kisah Rey, Poe Dameron dan Finn tersimpul dalam trailer terakhir Star Wars: The Rise of Skywalker di bawah:

Protagonis utama, Rey sekali lagi berhadapan dengan Kylo Ren dalam perjalanan untuk mencari siapakah diri sebenar Rey. Adakah dia benar-benar berketurunan Skywalker seangkatan dengan Anakin, Luke, Leia malah Kylo Ren sendiri?

Trailer di atas juga menampilkan kepulangan Poe Dameron, Finn dan beberapa karakter yang pernah muncul dalam filem Star Wars lepas seperti Rose Tico, Lando Calrissian dan pasangan robot R2D2 bersama C3PO. 

Sempena trailer akhir, terdapat juga poster baru untuk filem terakhir yang bakal menyimpul kisah panjang Skywalker. Poster terbaru ini mendedahkan karakter terbaru seperti Zora Bliss lakonan Keri Russell dan Jannah lakonan Naomi Ackle.

Star Wars: The Rise of Skywalker adalah filem terakhir bagi trilogi yang mula diperbaharui pada tahun 2015 dengan Star Wars: The Force Awakens (2015) dan kemudian, Star Wars: The Last Jedi (2017).

Durasi filem ini akan dimainkan selama 2 jam 35 minit iaitu filem terpanjang dalam sejarah Star Wars. Star Wars: The Rise of Skywalker bakal ditayangkan pada 20 Disember 2019. 

Adakah korang bakal menyaksikan pengakhiran trilogi Star Wars baru ini di pawagam? Kongsikan pendapat korang bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+