Mobile Legends akan berkolaborasi dengan Kung Fu Panda?

Siapa sahaja yang tidak mengenali filem animasi popular Kung Fu Panda. 

Filem animasi ini pertama kali ditayangkan pada tahun 2008 sekaligus menjadikan zaman kanak-kanak kita lebih menarik.

Seperti yang kita tahu, permainan mudah alih Mobile Legends sering berkolaborasi dengan banyak judul filem dan permainan yang popular.

Contohnya, pada tahun 2019 Mobile Legends buat pertama kalinya berkolaborasi bersama permainan The King of Fighter dan mengeluarkan skin yang diberi nama KOF.

Pada tahun lepas juga, Mobile Legends bekerjasama dengan filem fiksyen sains popular Star Wars dan menghasilkan tiga skin untuk hero Cyclops, Argus dan Alucard.

Kali ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Mobile Legends akan berkolaborasi dengan filem animasi popular Kung Fu Panda.

Menerusi sebuah hantaran video TikTok olaf.4, terdapat tiga hero yang akan berkolaborasi dengan filem itu.

@olaf.4

update skin Collaboration kungfu panda

♬ оригинальный звук – Леся, просто Леся

Akai akan menjadi Po

Akai dikhabarkan akan menjadi watak utama di filem iaitu Po . Sudah tentu, hero ini sangat sesuai dengan karakter itu kerana Akai itu sendiri adalah seekor panda.

Ling akan menjadi Shen

Ling bakal mendapat watak Shen iaitu seekor burung merak yang juga watak antagonis di Kung Fu Panda 2.

Thamuz akan menjadi Kai 

Hero ketiga yang dikhabarkan akan mendapat skin kolaborasi Mobile Legends terbaru ialah Thamuz.  Dia akan menjadi Kai yang juga lembu jantan, sebuah watak antagonis dalam Kung Fu Panda 3.

Foto: esportsku

RELATED NEWS

+