Tarikh Pelancaran Final Fantasy: Crystal Chronicles Remastered Akhirnya Diumumkan

Hari ini dalam persidangan E3 2019, Square Enix umumkan yang Final Fantasy: Crystal Chronicles remaster akhirnya akan dilancarkan ketika musim sejuk tahun ini.

Ia akan menerima pembaharuan seperti visual, kandungan baru dan juga rakaman suara. Korang juga boleh bermain permainan ini secara dalam talian ataupun mod multi-pemain offline sehingga empat orang di PS4, Switch, iOS dan Android.

Ia menceritakan tentang empat rakan yang mengembara dalam karavan untuk mengumpulkan minyak misteri bagi kristal dalam usaha mempertahankan dunia dari Miasma – satu kuasa jahat yang akan meragut dunia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

RELATED NEWS

+