The Lord of the Rings: Gollum ditunda ke 2022

Daedalic Entertainment telah mengumumkan penundaan pelancaran permainan mereka The Lord of Rings: Gollum. Tarikh pelancarannya telah dipindahkan dari tahun ini ke tahun depan.

Selain itu, studio tersebut juga mengumumkan kerjasama bersama Nacon. Syarikat penerbitan tersebut akan menjadi penerbit bersama dan pengedar permainan tersebut.

“Kerjasama ini akan memastikan permainan ini mencapai jangkaan peminat The Lord of the Rings dan memanfaatkan sepenuhnya kuasa konsol generasi baharu,” kata kedua-dua syarikat tersebut.

 The Lord of the Rings: Gollum dijangka tiba pada tahun depan untuk PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series, Xbox One, dan Nintendo Switch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+