The Witcher akan dihasilkan semula menggunakan Unreal Engine 5

CD Projekt Red baru-baru ini mengumumkan berita yang mengejutkan buat peminat siri The Witcher kerana judul pertama siri itu akan dihasilkan semula menggunakan Unreal Engine 5.

Ia akan dihasilkan semula dari awal menggunakan Unreal Engine 5, bermaksud banyak perubahan akan dilakukan pada grafik dan mungkin mengubah sedikit elemen di dalamnya.

Mereka juga melakukan remake ini dengan kerjasama pembangun lain iaitu Fool’s Theory dan diberi kod nama Canis Majoris sebelum ini.

The Witcher dikeluarkan pada 2007 yang merupakan debut bagi CD Projekt Red dan ia membina satu lore baru dalam siri The Witcher sehinggalah siri itu diadaptasi ke Netflix menampilkan pelakon utama, Henry Cavill.

Permainan video itu masih lagi di peringkat awal pembangunan dan tarikh pelancaran belum diumumkan.

Sumber rujukan: IGN SEA

RELATED NEWS

+