6 game ni buat korang lupa masa, sedar-sedar main dah pagi

Pernah tak anda apabila bermain permainan video dan tiba-tiba sudah berjam-jam masa berlalu?

Semua ini mungkin disebabkan dunia terbuka dalam permainan video, penceritaan, permainan yang menyeronokkan dan pelbagai lagi.

1. The Witcher 3

Sudah semestinya Witcher 3 boleh membuatkan anda tidak sedar masa sudah berlalu.

Permainan ini bukan sahaja mempunyai dunia yang luas tetapi penuh dengan rahsia di seluruh peta.

Dunia fantasi ini sangat mengagumkan dan selalunya akan membuat anda asyik bermain tanpa memikirkan masa berlalu begitu saja.

2.Minecraft

Dunia kotak-kotak Minecraft antara permainan video yang akan mengambil masa lama.

Dari membina kubu sehingga mencari harta-karun membuatkan anda mencari satu benda baharu dalam Minecraft.

Dijadikan pula dengan setiap seed, dunia Minecraft anda akan sentiasa berbeza dari orang lain.

3. Kingdom of Amalur Re-Reckoning

Kingdom of Amalur Re-Reckoning adalah permainan video dunia terbuka dan permainan ini terbukti sangat-sangat besar.

Setiap kawasan mempunyai keunikan tersendiri dari hutan belantara sehinggalah kepada tempat penuh dengan lava gunung berapi.

Dalam permainan ini anda akan sentiasa terjumpa perkara baru.

Anda juga boleh membina balik bandar baru dan banyak keputusan yang anda buat boleh mengubah dunia dan cara anda bermain.

4. Subnautica

Satu permainan video survival di dalam planet yang penuh dengan air.

Dari mencari bahan untuk membina kubu anda, anda juga perlu meneroka ke seluruh dunia itu untuk penemuan baru.

Anda juga akan menjumpai banyak raksasa air dari yang kecil comel sehingga besar dan menakutkan.

Dalam Subnautica anda akan bermula dengan kecil sehingga anda mempunyai terlalu banyak benda untuk dilakukan sehingga berjam-jam masa anda hilang begitu sahaja.

5. The Elder Scrolls 5: Skyrim

Sudah semestinya Skyrim akan menggunakan masa anda sepenuhnya.

Lupakan mod, Skyrim sahaja sudah cukup untuk membuat anda asyik dan sentiasa lupa.

Skyrim sentiasa memberikan anda perkara baru untuk anda lakukan di dalam dunia Tamriel.

6. Siri Persona

Persona adalah permainan video JRPG yang memfokuskan kepada plot pelajar sekolah yang mempunyai kuasa untuk memanggil entiti dipanggil Persona bagi membantu mereka melenyapkan Shadows.

Yang menariknya, ia antara RPG yang penuh dengan jalan cerita unik dan anda boleh membina hubungan akrab dengan ramai orang. Sambil main, tak sedar masa dah berjam-jam berlalu untuk naikkan Social Links dan membantai Shadows di Tartarus, Palace dan lain-lain dungeon.

Pendek kata, siri Persona terutamanya Persona 5 mempunyai jalan cerita yang panjang sehingga boleh memakan masa 120 jam untuk satu walkthrough.

RELATED NEWS

+