Tonton bekerjasama dengan Animax + GEM untuk Anime Fest Plus 2024

Berita baik buat peminat anime, jangan lepaskan peluang anda! Tonton sebagai platform penstriman utama mengumumkan kerjasama dengan Animax + GEM untuk menerajui Anime Fest Plus 2024 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 April 2024 di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Kerjasama ini menjanjikan pengalaman anime ke tahap yang lebih tinggi dengan menawarkan peserta sambutan mendebarkan tentang medium kegemaran mereka.

Anime Fest Plus 2024 anjuran Comic Fiesta yang disertai oleh Tonton dan Animax + GEM menampilkan pelbagai aktiviti untuk peminat anime yang tentunya tidak membosankan seperti sesi tayangan, pengalaman interaktif bersama peminat bagi setiap lapisan umur dan banyak lagi.

Dengan koleksi kandungan hiburan Jepun dan anime yang pelbagai di Tonton dan Animax + GEM , para pengunjung dapat menerokai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan mengenai budaya animasi di Jepun.

Sorotan Tonton x Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 termasuk:

Cabutan Bertuah Eksklusif: Pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah eksklusif dan memenangi hadiah menarik, termasuk barangan edisi terhad, memorabilia bertandatangan dari cosplayer, dan pengalaman VIP bersama cosplayer .

Where’s OO-Kun: Uji kemahiran pemerhatian anda dalam cabaran ‘Where’s OO-Kun’, dimana peserta boleh memenangi patung eksklusif OO-kun dengan mencari OO-kun, maskot Animax yang menawan hati di reruai disediakan.

Sesi Beramah Mesra Secara Eksklusif: Beramah mesra dengan personaliti anime kegemaran anda dalam sesi eksklusif yang dihoskan oleh Tonton dan Animax. Temui cosplayer tempatan terkemuka seperti Miisa dan bawa pulang kenangan yang tidak akan dilupakan.

Sesi Bergambar Bersama Maskot: Bergambar dengan OO-Kun, Chu Chu dan maskot anime ikonik yang lain di photobooth yang tersedia. Nikmati keajaiban Anime Fest Plus 2024 dengan kenangan bergambar yang akan anda hargai.

Jadi tunggu apa lagi? sertai Tonton dan Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 untuk anime, cosplay dan aktiviti hujung minggu yang penuh aksi. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari Comic Fiesta dan ikuti Tonton dan Animax di media sosial.

Bagi anda yang tidak sempat membeli tiket online, boleh terus hadir ke lokasi untuk membeli tiket harian atau bundle.

RELATED NEWS

+