Creative Assembly mengumumkan bahawa Total War: Warhammer 3 kini ditangguh dan akan dilancarkan pada awal 2022 kelak.
Pengumuman ini dikongsikan di Twitter rasmi Total War, di mana para pembangun mengetahui berita penangguhan ini sedikit sebanyak akan mengecewakan peminat-peminat. Mereka juga menerangkan bahawa mereka memerlukan lebih masa untuk mengelakkan pelancaran permainan secara terburu-buru.
“Dengan hampir sedekad pembangunan siri trilogi Total War: Warhammer, ianya suatu yang luar biasa apabila kisah kemuncak semakin hampir untuk dilancarkan. Meskipun ada rasa untuk terus ke garisan penamat, kami membuat keputusan untuk mengambil sedikit masa dengan menangguh tarikh pelancaran Total War: Warhammer 3 daripada 2021 ke awal 2022,” kata Rob Bartholomew, Ketua Pegawai Produk di Creative Assembly.
Total War: WARHAMMER III will now release in early 2022.
We know this is disappointing, but the extra time means we can accomplish more than we could if we rushed to release this year.
We won’t be staying quiet however, join us tomorrow for the global reveal of Grand Cathay… pic.twitter.com/R4GdObAs9P
— Total War (@totalwar) September 13, 2021
“Penantian tidaklah terlalu lama dan kita mempunyai banyak informasi baru buat masa ini. Tarikh baru ditetapkan untuk pelancaran yang lebih kuat dan ini langkah terbaik untuk melangkah ke era baru Total War: Warhammer,”
Meskipun penangguhan permainan bukan sesuatu yang disukai, peminat-peminat Total War: Warhammer secara amnya menerima berita ini dengan baik.
Peminat memahami penangguhan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan budaya ‘crunch‘ yang penuh kontroversi, selain untuk mengelakkan kualiti permainan yang rendah semasa hari pelancaran kelak.
Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.