Valkyrae terharu terima jumlah derma ini daripada ‘anonymous’

Sempena sambutan Krismas yang akan berlangsung, Jacksepticeye akan melancarkan gerakan amal tahunannya, Thankmas, bagi mengumpul dana untuk membina rumah untuk mereka yang tidak mampu, di seluruh dunia. 

Valkyrae sebagai menunjukkan sokongannya, turut sertai Jacksepticeye bagi mengumpul dana melalui siaran langsungnya di YouTube.

Pada minit ke 27:00 selepas strimnya bermula, seorang ‘anonymous’ menderma sebanyak AS$200,000 demi menyokong gerakan amal itu, bersama mesej, “Terima kasih kerana membina rumah-rumah, kerana ia cukup bermakna untuk saya. Awak juga perlu naikkan [jumlah] sasaran.

“Terima kasih. Setiap rumah ialah AS$10,000, jadi ini bermakna 20 buah rumah,” Valkyrae membalas.

Pihak Tiltify yang menguruskan jumlah dana itu juga mengesahkan bahawa jumlah wang itu adalah sah. 

Valkyrae berjaya mengumpul lebih daripada AS$300,000 selepas sasaran dana dinaikkan.

Keseluruhan jumlah dana Thankmas yang dikumpul bagi tahun ini ialah sebanyak AS$7 juta, berbanding ASS$1.5 juta dikumpul tahun lepas. 

Sumber: Dexerto.

RELATED NEWS

+