Video acah terakhir untuk Death Stranding Director’s Cut, judul PS5 yang juga pelancaran eksklusif di PS4 sudah dilancarkan hari ini. Video itu yang disunting oleh Hideo Kojima sendiri, ditangkap di PS5 dalam mod skrin lebar, dengan muzik ‘Goliath’ oleh Woodkid bermain di latar belakang."> Video acah terakhir untuk Death Stranding Director’s Cut, judul PS5 yang juga pelancaran eksklusif di PS4 sudah dilancarkan hari ini. Video itu yang disunting oleh Hideo Kojima sendiri, ditangkap di PS5 dalam mod skrin lebar, dengan muzik ‘Goliath’ oleh Woodkid bermain di latar belakang." /> Video acah terakhir untuk Death Stranding Director’s Cut, judul PS5 yang juga pelancaran eksklusif di PS4 sudah dilancarkan hari ini. Video itu yang disunting oleh Hideo Kojima sendiri, ditangkap di PS5 dalam mod skrin lebar, dengan muzik ‘Goliath’ oleh Woodkid bermain di latar belakang." />

Video acah Death Stranding Director’s Cut yang terakhir ditayangkan

Video acah terakhir untuk Death Stranding Director’s Cut, judul PS5 yang juga pelancaran eksklusif di PS4 sudah dilancarkan hari ini. Video itu yang disunting oleh Hideo Kojima sendiri, ditangkap di PS5 dalam mod skrin lebar, dengan muzik ‘Goliath’ oleh Woodkid bermain di latar belakang.

Hideo Kojima sendiri mengumumkan pelancaran video acah tersebut melalui satu ciapan di Twitter.

Video acah itu menunjukkan klip dari treler asli permainan sebelum dilancarkan pada tahun 2019 dicampur dengan babak dari permainan baru yang memperlihatkan penambahan pada Director’s Cut.

Selain menerima penambahbaikkan dari segi visual, pelbagai aspek permainan juga sudah dinaiktarafkan untuk mengunakan segala kelebihan yang ditawarkan oleh konsol PlayStation 5.

  • Maklum balas haptik melalui pengawal DualSense
  • Sokongan ‘adaptive trigger’
  • Audio 3D
  • Masa muatan yang pantas
  • Pilih antara mod prestasi (4K dinaikkan pada 60fps) atau mod fideliti (4K asli pada 30fps)
  • Kawasan lapangan sasar baru
  • Mod perlumbaan Fragile Circuit
  • Misi cerita baru
  • Item DLCHalf-Life dan Cyberpunk 2077 dari versi PC

Death Stranding Director’s Cut akan dilancarkan di konsol PlayStation 5 pada 24 September ini.

RELATED NEWS

+