Wild Rift: Wukong kini membuat onar di dalam permainan

League of Legends: Wild Rift kini sedang meraih populariti di Asia Tenggara meskipun masih di dalam status beta. Mereka mempromosikan permainan peranti mudah alih ini di Youtube yang sering kali kita nampak ketika iklan video dipamerkan.

Terkini, mereka menambah lagi satu champion yang bernama Wukong untuk digunakan oleh semua pemain. Champion ini boleh didapatkan dengan menyelesaikan tugasan dari 25 Disember hingga 1 Januari 2021 saja.

Keputusan ini bagus untuk membawa masuk para pemain yang menunggu champion mereka dimasukkan di dalam permainan.

Wukong ini sesuai dimainkan di Baron Lane oleh kerana tahap survivality ia yang tinggi. Abiliti pasif beliau adalah Crushing Blows di mana setiap kali Wukong memukul musuh sebanyak 5 kali akan memberikan bonus damage.

Manakala, abiliti pertama beliau adalah Golden Staff yang membolehkan ia memukul musuh di jarah lebih jauh, abiliti kedua iaitu Warrior Trickster di mana Wukong akan mengklonkan diri dan dirinya yang sebenar akan hilang di dalam pandangan musuh selama 1.5 saat.

Selain itu, abiliti yang ketiga beliau ialah Nimbus Strike. Wukong akan merusuh ke arah musuh dengan dua klon, jika hanya terdapat satu musuh, maka kedua klon tersebut akan merusuh ke arah target yang ditetapkan.

Akhir sekali, ultimate abiliti beliau adalah Cyclone. Wukong akan memusingkan badan serta tongkatnya ke arah musuh. Musuh yang terkena abiliti tersebut akan dinaikkan ke udara. Klon juga akan turut melakukan abiliti ini apabila digunakan.

Champion Wukong ini mempunyai tahap damage yang tinggi di awal permainan. Jika ia digunakan dengan betul maka Wukong akan mendapat kelebihan di awal permainan seterusnya dapat membantu mengejar objektif permainan dengan lebih mudah.

Anda dah cuba pakai champion Wukong ni? Bagi pendapat korang tentang Monyet yang popular dalam lagenda China ni.

RELATED NEWS

+