World of Dragon Nest: Game MMORPG Popular Buka Pendaftaran Closed Beta Test Di Mobile

Adakah korang bersedia untuk masuk ke World of Dragon Nest?

Pembangun asal, Eyedentity kembali untuk membawakan game PC MMORPG popular ini dalam versi mobile. World of Dragon Nest ialah adaptasi penuh Dragon Nest di PC oleh pasukan pembangun yang sama.

Diterbitkan oleh Nexon Thailand, syarikat ini mengumumkan Closed Beta Test (CBT) yang bakal berlangsung pada 1 hingga 7 Ogos 2019 dan pendaftaran telah dibuka sekarang khas untuk pengguna Android sahaja.

Ujian CBT dilakukan bagi menguji kestabilan server dan mendapatkan maklumbalas daripada pemain untuk kandungan permainan. Data dan cadangan oleh pemain akan digunakan bagi mempertingkatkan game mobile menjelang pelancaran rasmi. 

Pendaftaran ini hanya terbuka untuk 30,000 akaun sahaja untuk semua negara termasuk Malaysia, Singapure, Indonesia, Filipina dan Thailand. Jadi, siapa cepat, dia dapat. Daftar sekarang di sini.

Penyertaan CBT akan dibuka pada 24 sehingga 30 Julai 2019 manakala CBT bakal bermula pada 1 sehingga 7 Ogos 2019 (PvP dan sistem Cash Shop akan tersedia pada 6 sehingga 7 Ogos).

Inilah cara untuk daftar CBT:

  1. Daftar melalui laman rasmi (semua peserta CBT perlu mendaftarkan diri untuk bermain game ini)
  2. Muat turun game di laman wod.nexon.com bermula pada 1 Ogos (klik Download from Google Play)

Nota: Semua data pemain akan hilang sebaik sahaja CBT selesai.

Untuk maklumat lanjut tentang World of Dragon Nest, korang boleh ikuti laman Facebook rasmi.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+