MapleStory 2 Tak Seperti Game Asal – Lebih Moden Dan Seronok!

MapleStory 2 dilancarkan dalam fasa closed PC beta pada 9 Mei lepas dan boleh dikatakan gameplaynya sangat berlainan dengan keluaran asal. Mengapa?

MapleStory 2 meminjam elemen penting seperti dunia dan karakter yang digemari dalam game asal tapi kini menambah komodenan gameplay MMORPG ke dalamnya.

Ia bukanlah side scroller piksel seperti dulu. Tapi sekarang, ia lebih mirip macam Minecraft tapi dengan sentuhan tersendiri. Tapi grafik sendiri bukan penentu masa depan game ini.

Dalam MapleStory 2, tak perlu tunggu di satu peta dan grind raksasa berjam-jam lamanya (duduk depan PC sampai tak makan!). Dalam sekuel ini, quests lebih berbaloi diambil dan penting untuk naikkan level. Karakter korang naik level dengan berkesan apabila membuat story quest seperti MMO moden masa kini. Di sini saja kita boleh nampak MapleStory 2 cuba sedaya upaya untuk catch up dengan generasi masa sekarang.

Sekuel ini juga mendorong pemain menyimpan kuasa hingga pada saat tertentu. Sebagai contoh, dari spamming kuasa terkuat dan bergantung pada pet untuk refill nyawa dan mana, korang boleh perhatikan spirit levels dan gunakan skills dengan penuh strategi untuk mengisi mereka. Ini membuatkan ia lebih sukar dimainkan tapi bukannya terlalu susah seperti MMO lain.

Kalau game asal selalu memfokuskan apa yang terjadi pada skrin tanpa perlu banyak bergerak, MapleStory 2 memaksa korang untuk bagi lebih perhatian dengan mengelak kuasa area-of-effect dan mempertahankan spirit yang ada.

Kesemua perubahan ini membuatkan MapleStory 2 nampak seperti sekuel yang dinaik taraf dan bukannya versi 3D untuk permainan lama. Kalau korang gemarkan game MMORPG moden dan ada elemen asal MapleStory di dalamnya, tunggulah ia keluar untuk server Malaysia dan Singapura dalam masa terdekat di PC!

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+