Yoodo RSG CODM wakil negara ke Garena Invitational 2021, buru hadiah terkumpul RM164,000

RSG Malaysia berjaya membolot kemenangan di Call of Duty Mobile Malaysia Singapore Championship 2021 di mana mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$6,000 (RM24,564).

Melalui penajaan darpada Yoodo, Yoodo RSG CODM akan mewakili negara di peringkat Asia Tenggara Garena Invitational 2021. Ia akan bermula esok dan menawarkan hadiah terkumpul AS$40,000 (RM164,360).

Mereka diwakili oleh Edz (Farris Rauf), AlphaRe (Muhammad Azri), Raven (Ameer Imran) dan Derp (Muhammad Irfan Danial) dan diketuai oleh RanGer (Abdul Hakiem). Mereka melakukan reverse sweep (dari 0-2 kepada 3-2.

“Kami menaruh harapan yang tinggi ketika menandatangani kerjasama tersebut pada awal tahun ini, dan mereka telah membuktikan kebolehan mereka melalui usaha dan bakat yang mereka pamerkan! Kami tidak ragu-ragu bahawa mereka akan terus menang dan kami juga tidak sabar untuk melihat aksi mereka di Garena Invitational tahun ini.” – kata Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun.

Pada kejohanan yang lepas, pasukan yang terdiri daripada Edz (Farris Rauf), AlphaRe (Muhammad Azri), Raven (Ameer Imran) dan Derp (Muhammad Irfan Danial) dan diketuai oleh RanGer (Abdul Hakiem), berjaya kembali unggul, setelah jatuh 0-2, seterusnya memenangi kejohanan tersebut dengan catatan mata akhir 3-2.

“Fokus Yoodo dalam komuniti e-sukan tertumpu kepada mencungkil bakat baru,” sambung Tuck Mun. “Gabungan kejayaan Yoodo RSG CODM dan MLBB membuktikan bahawa kita berada di landasan yang tepat. Yoodo sepenuh hati mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan dan mengalu-alukan kejayaan yang lebih besar dan lebih baik dari mereka!”

RELATED NEWS

+