Sempena Acer Day dengan tema “Freedom to Play” yang dianjurkan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur hari ini, Acer Malaysia melancarkan siri Aspire baru yang menawarkan prestasi lebih baik untuk kegunaan harian."> Sempena Acer Day dengan tema “Freedom to Play” yang dianjurkan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur hari ini, Acer Malaysia melancarkan siri Aspire baru yang menawarkan prestasi lebih baik untuk kegunaan harian." /> Sempena Acer Day dengan tema “Freedom to Play” yang dianjurkan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur hari ini, Acer Malaysia melancarkan siri Aspire baru yang menawarkan prestasi lebih baik untuk kegunaan harian." />

Acer Melancarkan Siri Aspire Baru – Aspire 3 Dan 5, Bermula Dengan Harga RM2,399

Sempena Acer Day dengan tema “Freedom to Play” yang dianjurkan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur hari ini, Acer Malaysia melancarkan siri Aspire baru yang menawarkan prestasi lebih baik untuk kegunaan harian.

Komputer riba Acer Aspire 3 dan 5 ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce MX230 dan MX250 dengan Intel Core i7.

Bagi memaksimumkan penggunaan harian, ia didatangkan dengan 1TB HDD atau 256GB PCle NVMe SSD dengan 4GB DDR4 RAM yang boleh ditambah sehingga 20GB dan 32GB.

Keunikan Aspire 5 kali ini ialah saiznya yang lebih kecil sebanyak 10% dan 16.7% lebih ringan berbanding model terdahulu.

Paparannya pula dinaiktaraf kepada 14 inci IPS HD penuh dengan bezel lebih nipis. Tak perlu risau untuk bawa komputer riba ini dalam beg galas kerana beratnya yang ringan – hanya 1.45 kg saja. Selain itu, ia juga dilengkapi papan kekunci backlit.

Korang boleh dapatkan Aspire 5 dengan pemprosesan i5 dan I3 dalam warna Pure Silver, Indigo Blue dan Charcoal Black pada akhir Ogos ini dengan harga bermula RM2,499 (model i5).

Aspire 3 pula dengan paparan 15.6 inci HD penuh sudah pun boleh dibeli dengan harga RM2,399 yang hadir dengan warna Obsidian Black, Indigo Blue dan Rococo Red.

Korang boleh dapatkannya di premis sah Acer seluruh negara dan stor dalam talian rasmi.

Acer Day juga mempunyai Flash Sale yang menawarkan pelbagai diskaun untuk produk-produk bermula 3 dan 4 Ogos ini pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari di Mid Valley dan menampilkan artis popular yang akan membuat persembahan antaranya Ismail Izzani dan Naim Daniel.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+