Among Us: Pembangun dalam usaha ban lebih ramai penggodam, stabilkan server

Among Us memang seronok dimainkan tapi tak boleh nafi yang penggodam (hacker) secara tak langsung membuatkan permainan ini jadi kurang menarik. 

Jika anda bermain dengan kawan-kawan tak menjadi masalah tapi di public room, ia mungkin satu kekecewaan.

Kebiasaannya penggodam ini akan menggunakan pelbagai cara untuk menang dan ganggu sesi permainan antaranya membunuh dengan lebih cepat, mengakhiri sesi pengudian dengan pantas ataupun tiada had pemandangan (vision) bagi Imposter.

Hack ini boleh diakses di PC dan juga Android. Bagi memerangi permasalahan ini, Innersloth dalam perancangan untuk mengenakan ban kepada akaun pelaku dan mengenalpasti jenis-jenis aplikasi yang menggunakan hack tersebut.

Bercakap kepada Kotaku, Forest Willard, seorang programmer mengatakan “Selain itu kami akan cuba menstabilkan pelayan (server) untuk halang dan kenalpasti hack digunakan,” katanya.

Among Us berjaya cipta fenomena tersendiri di seluruh dunia apabila dimainkan secara kerap akibat pandemik COVID-19. Pastinya isu ini perlu diselesaikan segera atau pemain pasti akan bosan untuk bermain solo.

Sumber rujukan: Kotaku

RELATED NEWS

+