Assassin’s Creed Syndicate Percuma Di Epic Games Store

Salah satu manfaat menjadi seorang PC gamer ialah dapat menebus permainan percuma di Epic Games Store pada setiap minggu.

Bermula daripada hari ini sehingga 27 Februari 2020, Assassin’s Creed Syndicate dan Fearia ditawarkan secara percuma di Epic Games Store.

Ini merupakan satu peluang yang bagus untuk peminat siri Assassin’s Creed yang masih belum mencuba Syndicate. Penulis mendengar bahawa ramai orang mengabaikan Syndicate selepas kecewa dengan Assassin’s Creed Unity yang dilancarkan sebelumnya.

Sebenarnya, Syndicate memperbaiki banyak aspek lemah yang dijumpai dalam Unity. Selain tu, jalan cerita Syndicate agak menarik dan cara permainannya agak menyeronokkan.

Dalam Syndicate, pemain akan bermain sebagai dua adik beradik assassins di London pada zaman Victorian (1837 – 1901).

Faeria pula ialah sebuah permainan yang menggabungkan genre kad dan strategi. Pemain akan berusaha untuk mengumpul kad dan bertarung demi meluaskan wilayah.

Sumber: Epic Games Store

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+