Beta terbuka Mortal Shell kini boleh dimain di Epic Games Store

Baru-baru ini, studio Cold Symmetry telah melancarkan beta tertutup untuk permainan video mereka Mortal Shell. Beta tersebut kini dijadikan beta terbuka dan sesiapa sahaja boleh mencubanya di PC.

Menurut Cold Symmetry, keputusan untuk melancarkan beta terbuka dibuat selepas ramai orang menunjukkan minat untuk mencuba Mortal Shell. Malangnya, beta terbuka ini tidak dilancarkan di konsol.

Anda boleh muat turun beta terbuka Mortal Shell secara percuma melalui Epic Games Store. Untuk mereka yang mahu memberikan maklum balas kepada pihak pembangun, anda boleh menyertai pelayan Discord Mortal Shell.

Mortal Shell sememangnya sebuah permainan video genre Souls-like yang mempunyai banyak persamaan dengan siri permainan video Dark Souls. Oleh itu, pastikan anda bersedia untuk sebuah pengalaman yang sangat mencabar.

Mortal Shell akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada suku ketiga tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+