Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One dan Nintendo Switch."> Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One dan Nintendo Switch." /> Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One dan Nintendo Switch." />

Rogue Company kini boleh dimain secara percuma

Hi-Rez Studios telah mengumumkan bahawa permainan multi-pemain dalam talian mereka Rogue Company kini memasuki fasa beta terbuka. Oleh itu, ia boleh dimain secara percuma di semua platform termasuk PC (Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One dan Nintendo Switch.

Mod permainan utama dalam Rogue Company ialah perlawanan antara pasukan di mana para pemain perlu menangkap objektif di sekitar peta. Kedua-dua pasukan dipecahkan kepada empat pemain dan setiap pemain boleh memilih watak-watak unik yang kesemuanya mempunyai kemahiran-kemahiran tersendiri.

Satu ciri menarik tentang Rogue Company ialah ia menyokong permainan rentas-platform antara PC dan semua konsol. Ini membenarkan ini untuk main permainan ini bersama semua rakan-rakan anda tidak mengira PC atau konsol.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rogue Company, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+