COD: RamPaGe Gaming Tukar Pemain

Pasukan kompetitif Call of Duty (COD) negara, RamPaGe Gaming mengumumkan pertukaran roster hari ini dengan merehatkan Daniel Ali (Rainyz) bagi aksi ACL Grand Finals pada Oktober.

Posisi pemain dari Dungun, Terengganu itu digantikan oleh pemain Singapura, Juan “Axis” Miguel yang pernah menjuarai kejohanan COD Asia 2018. Beliau juga pernah bertanding di pentas dunia, Halo World Championship 2016.

Axis pernah bermain bersama RamPaGe sebelum ini dan juga Venom ReD.

RamPaGe bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar kenapa pertukaran roster ini berlaku.

Semoga berjaya kepada mereka dalam kejohanan besar akan datang!

Gambar featured image: FB Venom ReD

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+