Ke mana hala tuju Vokey selepas ini?

Axis redONE menunjukkan mereka adalah salah satu pasukan yang disegani ketika bermain di PMPL MY/SG dan PMPL SEA musim keempat. 

Namun begitu, mereka gagal layak ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) selepas mendapat tempat keenam di dalam PMPL SEA 2021.

Kini, perubahan harus dilakukan. Axis redONE mengumumkan bahawa Muhd Imran Rosli atau  Vokey kini menjadi ejen bebas dan sedia dilamar oleh mana-mana pasukan PUBG Mobile.

Kemanakah hala tuju Vokey selepas ini? Beliau menunjukkan prestasi yang baik dengan gaya permainan yang agresif dan kawal recoil yang hebat. Selamat maju jaya diucapkan kepada Vokey.

RELATED NEWS

+